ya Allah kenapa kau berikan ujian ni sekali lagi?

ya Allah kenapa kau berikan ujian yang sebegitu mendalam untuk aku sekali lagi? sakit hati aku yang lama masih belum dapat diubati tetapi kenapa sekali lagi kau berikan cabaran? aku bukannya kuat seperti mana yang orang sekeliling aku nampak. aku lemah ya Allah, aku masih tak dapat menjadi insan yang penuh dengan kesabaran. kau dengarlah rintihan dan luahan hati ku ini ya Allah. sungguh banyak pengorbanan yang aku lakukan untuk dia, tapi kenapa ini balasan yang aku terima? kenapa aku menjadi hambamu yang penuh dengan dugaan dan cabaran? aku tak pernah putus untuk mendoakan yang terbaik untuk perhubungan ini dan aku tak pernah kecewa untuk mendoakan dia agar dia sedar akan apa yang berlaku selama ini.  ya Allah, kenapa kebahagiaan yang melimpah ruah kau berikan kepada ku sebelum ini telah kau tarik pergi dan kenapa kau biarkan hati kecil ku ini terluka dan menangis sekali lagi ya Allah? kenapa aku sangat kuat untuk menyembunyikan perasaan sakit hati dan kecewa ku ini ya Allah sedangkan luka di hati kecil ku ini sudah parah? kenapa ya Allah? adakah dia jodoh aku ya Allah? sehinggakan sampai sekarang aku masih bertahan untuk mengekalkan cinta kami? aku lemah ya Allah. aku tak mampu hendak menghentikan semua ini melainkan berdoa padamu ya Allah agar kau berikanlah kebahagiaan kepada aku dan dia.  Janganlah kau pisah kami ya Allah. aku mohon ya Allah. aku rela berkorban semuanya kerana dia ya Allah. aku sumpah dengan namamu ya Allah. amin

sabrinahasri-hamnetzolkaply

No comments:

Post a Comment