ya Allah mengalir air mata ku ya Allah

ya Allah, kenapa kau biarkan air mata ku mengalir lagi ya Allah. tak cukup kah air mata yang telah banyak aku titiskan untuk dirinya pada malam itu ya Allah? air mata kesedihan bila lihat dia berubah. air mata yang menunjukkan bahawa aku jujur mencintai dirinya. air mata ku yang diselangi dengan air mata kasih dari ibunya, kami menangis depan dia ya Allah. dapatkah dia menilai cinta aku padanya ya Allah? air mata aku bukan pura-pura ya Allah. sudah lama aku memendam rasa dan kecewa dan akhirnya aku lepaskan pada malam itu. tapi kenapa semua itu tidak mengubah perhubungan kami ya Allah? kenapa aku diuji lagi ya Allah? kami masih bersama tetapi ada kesakitan dalam perhubungan ini. adakah kerana aku terlalu berdiam diri dan bersabar? ya Allah, jika muhamed hamnet adalah jodohku, kau berikanlah aku kekuatan dalam menempuh semua ini ya Allah dan aku berpegang pada janji janji kami ya Allah. aku faham dia ya Allah dan aku hormat dengan apa yang dia lakukan sekarang ini. dia telah memberi penjelasan padaku. dan aku dah terlalu faham akan dirinya. aku bagi dia kebebasan, masa dan ruang untuk hidup dia ya Allah. sebab aku tahu dalam hati dia masih ada aku. dan kami tidak pernah membuat keputusan untuk berpisah walau apapun terjadi. kau lindungilah dia iaitu insan yang aku kasihi dan insan yang hanya satu buat ibu dan bapanya dari segala kesusahan dan keperitan hidup. kau lindungilah perhubungan kami ya Allah. ini adalah rintihan dan luahan ikhlas dari hati kecil ku. amin.

No comments:

Post a Comment