ya Allah, kau dengarlah luahan hati aku ini.

ya Allah kenapa banyak sungguh ujian dan dugaan yang kau berikan kepada aku sehinggakan aku terpaksa mengorbankan segalanya yang telah aku ada.  Kenapa kau biarkan air mata orang-orang yang sayang akan dirinya mengalir? kenapa Ya Allah? Kau kasihanilah akan diri hamba-hambamu ini yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya dan mohon perlindungan darimu Ya Allah. Sesungguhnya aku mahu dia berubah bukan sebab aku tetapi sebab mu ya Allah. Kau perkenankanlah doaku ini. Dia anak yang baik, dia sahabatku yang baik dan dia kekasihku yang baik. Aku tahu ya Allah kenapa dia berubah sebegini dan aku memberinya ruang untuk berubah. InsyaAllah. Aku tahu dan sedar akan kebesaranmu Ya Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment