ya Allah kini aku redha dan aku bersedia

ya Allah, kini, sekali lagi aku berada di sini. di tempat di mana dia membesar selama 10 tahun ini ya Allah. sekali lagi aku telah nampak betapa sempurnanya keluarga ini dan seperti aku yang mencacat celakan keluarga ini ya Allah. Adakah aku perosaknya ya Allah? Aku bersalah ya Allah. Aku telah banyak membebankan keluarga ini dan aku paling banyak membebankan anaknya. Aku cinta akan dia tapi aku tak mampu untuk memberi kebahagiaan kepadanya seperti mana si dia yang lain membahagiakan. Terkelua dari mulut aku untuk mengatakan bahawa aku redha dengan semua yang terjadi. aku akan pergi dari keluarga ini dan ini mungkin kali terakhir aku berada di sini. aku tak dapat menjadi yang terbaik untuk dia dan keluarganya. kini dengan lafaz bismillah dan dengan nama mu ya Allah, aku redha dan aku lepaskan dia untuk selamanya. aku lepaskan cinta aku dan aku akan sentiasa menghargai segala kebaikan yang telah dia dan keluarganya lakukan untuk aku.

No comments:

Post a Comment